Rabu, 18 Mei 2011

K2

Pada kali ini saya ingin menceritakan mengenai kandungan pengurusan  yang sangat popular bagi mereka yang mahukan kelainan di dalam laman web Joomla mereka. K2 adalah salah satu komponen yang menarik minat saya. Saya menggunakan K2 di dalam salah satu laman web saya bagi isi kandungan di dalam laman web itu.


Apa itu K2...

K2 komponen Joomla! yang sangat baik bagi pengurusan kandungan dilengkapi dengan CCK-dan dibangunkan oleh  JoomlaWorks, sejak tahun  2006.

K2 menyediakan penyelesaian di luar ruang lingkup yang  dapat diberikan oleh 'standard Joomla' dengan berbagai ciri-ciri tambahan seperti kolum tambahan untuk gambar, video, galeri gambar,'attachment', kategori berbilang aras, tag, komen frontend editing, sub-templates dan banyak lagi!

Download K2 di SINI.

Kenapa saya perlu gunakan K2...

Anda mungkin berfikir, "Kenapa saya perlu gunakan K2"?
Sebenarnya terdapat banyak sebab untuk menggunakan K2 lebih-lebih lagi jika anda bertanya dengan mereka yang menggunakan atau membangunkan K2, anda akan dapat bermacam-macam sebab untuk menggunakan K2.
Antara sebab yang biasa diperkatakan adalah seperti berikut.

  1. 'Nested Categories'
    K2 tidak menghadkan berapa banyak kategori dan sub kategori yang boleh dicipta untuk memudahkan kita menguruskan artikel-artikel di dalam kategori yang berbeza-beza berbanding 'standard Joomla' yang terhad kepada 'Sections' dan 'Categories'.
  2. Mikro Templates K2
    Setiap kategori boleh mempunyai template yang tersendiri di mana ia akan mempunyai paparan 'front end' yang berbeza dengan kategori yang lain. Sesuai untuk laman web berbagai fungsi.
  3. Tagging
    Menambah tag adalah semudah ABC dan boleh di 'link'kan untuk membentuk satu katalog informasi seperti Joomulus.
  4. Design Flexibility
    Elemen-elemen yang boleh dihidupkan/dimatikan bagi setiap item atau kategori.
  5. Extended User Control
    Membenarkan pengguna untuk menyumbangkan artikel, daripada 'front end' tanpa perlu kebenaran admin untuk 'backend access'.
  6. Support
    K2 mempunyai ramai pengikut yang aktif yang menyediakan satu komuniti yang sedia membantu pengguna K2 jika mereka menghadapi masalah.
  7. Its Free
    Yang paling penting ia adalah percuma .

 K2 dashboard



Tiada ulasan:

Catat Ulasan