Disini adalah panduan dan cara-cara membuat laman web menggunakan joomla!. Jika anda tidak tahu apa itu Joomla!, baca artikel ini. Sebelum membuat pemasangan Joomla! secara atas talian, amatlah mustahak anda membuat pemasangan joomla pada komputer anda bagi memudahkan anda untuk membuat logo, memilih template, component, module dan sebagainya yang sesuai untuk laman web anda. Kebiasaannya ia akan mengambil masa yang agak lama untuk mengoptimumkan lama web anda. Jadi anda tidak perlu membayar sewaaan hosting dahulu sehingga anda telah puas hati dengan penampilan laman web anda.
Berikut adalah 6 langkah mudah pemasangan Joomla! pada komputer.
Pemasangan Joomla! pada komputer.
- Keperluan minimum Joomla!.
- Versi Joomla!.
- Memasang WampServer.
- Membuat Database baru.
- Membuat Pengguna baru.
- Memasang Joomla
6. Pemasangan Joomla! pada komputer.
Sebelum pemasangan Joomla! pada komputer dilakukan, pastikan anda telah membuat perkara 1 ~ 5 seperti di atas. Klik link di atas jika anda belum melakukannya bagi mendapatkan maklumat lanjut.
1. Buka folder dimana “WampServer” dipasang. Dalam kes ini adalah C:/wamp/www/
‘Copy’ semua fail pemasangan Joomla ke dalam folder tersebut.
2. Klik pada ikon ‘WampServer’ pada ‘Taskbar’ untuk membuka menu ‘WampServer’.
3. Klik pada menu “Localhost” untuk melakukan pemasangan Joomla. Anda akan dibawa ke ‘web browser” yang memaparkan antaramuka pemasangan Joomla seperti pada rajah di bawah.
4. Anda akan dibawa ke antara muka pemasangan Joomla!. seperti gambar di bawah.
Steps 1 : Choose Language
Pilih pada en-US - English (US) (Bahasa Malaysia tiada dalam senarai.). Klik “Next
Steps 2 : Pre-Installation Check
Biarkan seperti seadanya dan Klik “Next”.
Steps 3 : Licence
Baca keperluan ‘GNU General Public Licence’ untuk mengetahui syarat-syarat penggunaan Joomla! dan klik “Next”.
Steps 4 : Database Configuration
Konfigurasi yang diperlukan adalah seperti yang telah dilakukan sebelum ini pada phpMyAdmin iaitu memasukkan ‘Hostname’, ‘Username’, ‘Password’ dan ‘Database Name’.
- Hostname - taip “localhost”
- Username - taip “norazmi”
- Password - taip “******”
- Database - taip “mywebsite”
Steps 5 : FTP Configuration
- Jika tiada masalah pada ‘Hostname’, ‘Username’, ‘Password’ dan ‘Database Name’ anda akan dibawa ke antaramukan ’FTP Configuration’.
- Biarkan seperti seadanya dan Klik “Next”.
Steps 6 : Main Configuration
- Masukkan nama laman web - dalam kes ini “Laman Web Percubaan”
- Your E-mail - “nor_azmi@ymail.com
- Admin Password - taip “******” (digunakan ketika memasuki bahagian admistrator laman web)
- Confirm Admin Password - taip sekali lagi password “******”
- Klik pada butang “Install Sample Data”.
- Setelah klik pada butang “Install Sample Data” - Ia akan memaparkan “Sample data installed successfully” yang menunjukkan contoh data telah berjaya dipasang.
- Klik “Next”.
Steps 7 : Finish
Tahniah! Joomla telah berjaya dipasang.
- Sebelum Joomla boleh digunakan “Installation folder” hendaklah dibuang dahulu, jika tidak mesej berikut akan dipaparkan.
- Buka kembali folder di mana fail-fail Joomla! diletakkan. Hapuskan folder 'installation'.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan