Khamis, 17 Mac 2011

Membuat pemasangan Bahasa Malaysia ke laman Joomla!

Satu daripada kelebihan Joomla! yang tidak dapat dinafikan adalah kemampuan Joomla! menyokong pengunaan laman web berbilang bahasa yang mana ianya membenarkan kita untuk mempersembahkan Joomla! dalam berbagai bahasa yang berbeza.

Disini saya akan menunjukkan cara membuat pemasangan Bahasa Malaysia ke dalam laman web Joomla!.


Langkah-langkah
1) Muat turun fail pemasangan Joomla! Bahasa Malaysia Di Sini. Versi yang digunakan adalah 1.5.11
2) Log masuk ke halaman 'Administrator', klik pada 'Extension Manager' >>> 'Install'
3) Pilih fail bahasa yang telah di muat turun tadi dan klik pada 'Upload File & Install'.



4) Bahasa Melayu telah berjaya di pasang.



 

5) Klik pada 'Extension' >>> 'Language Manager'.

6) Untuk menukar kepada Bahasa Malaysia (Frontend), Klik pada 'Site' >>> tandakan pada Melayu(Malaysia) >>> klik pada butang 'default' (atas sebelah kanan). Gambar bintang kuning akan ditandakan pada #2 - Melayu(Malaysia).


7) Untuk menukar kepada Bahasa Malaysia (Backend/Administrator), Klik pada 'Administrator' >>> tandakan pada Melayu(Malaysia) >>> klik pada butang 'default' (atas sebelah kanan). Gambar bintang kuning akan ditandakan pada #2 - Melayu(Malaysia).



    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan