Template percuma Joomla! amatlah baik jika anda masih baru dengan Joomla! dan ingin merasai sendiri keupayaan laman web Joomla! ataupun digunakan sebagai laman web hobi tanpa perlu mengeluarkan wang lebih, tetapi banyak syarikat korporat dan jabatan-jabatan kerajaan yang menggunakan template premium kerana hasil pulangan yang lebih baik berbanding template percuma di samping menambahbaikan imej mereka di mata pengguna. Di sini saya paparkan antara faedah yang diperolehi dengan menggunakan template premium.
Rekabentuk
1) Perekabentuk Profesional -- Banyak (jika tidak semua) template percuma Joomla! direkabentuk oleh para pelajar atau perekabentuk tak profesional. Sudah tentu pengecualian terhadap perkara ini ada (sebagai contoh template percuma yang dikeluarkan oleh penyedia template yang besar). Bagaimanapun sebagaimana yang dijelaskan oleh Malcolm Gladwell dalam bukunya Outliers, seseorang itu memerlukan sebanyak 10,000 jam latihan sebelum ia betul-betul pakar. Peluang untuk seorang perekabentuk template yang biasa memperuntukan masa yang sebegini banyak adalah sangat kecil manakala kebanyakkan perekabentuk komersil akan memenuhi standard ini, sama ada melalui pembelajaran sendiri mahupun mahupun melalui kelas rekabentuk.Pallet Warna Seimbang -- Daripada hanya meneka warna apa yang sesuai digunakan , pallet warna tempalte premium sangat seimbang. Menggunaka perisian seperti Adobe Kuler, perekabentuk template boleh memilih pallet warna yang sesuai sekaligus menyesuaikan mod dengan stail template
.
Kecerahan Yang Baik -- Kecerahan dalam rekabentuk laman web boleh didefinasikan sebagai perbezaan di antara dua warna (dalam banyak kes adalah warna teks dan latar belakang di mana teks itu diletakkan). Kecerahan yang baik adalah wajib disebabkan ia bukan hanya membezakan yang cantik daripada yang hodoh, tetapi juga mengelakkan gangguan visual kepada pengguna yang melawat laman web.
Code
Cleaner source -- Somber kod template yang berkualiti tinggi kebanyakkannya adalah sedikit (jika ada) ralat syntax kerana kebanyakkan programmer yang bekerja dengan template profesional mempunyai bertahun pengalaman dengan koding. Kebanyakkan mereka telah mengadaptasi kebiasaan dalam koding (sepert penggunaan bracket)Komen yang lengkap -- kebanyakkan programmer profesional menyediakan sokongan terhadap kod mereka dan mencipta ciri-ciri yang baru, mereka juga akan meletakkan komen pada kod mereka.supaya emudahkan bagi pengguna untuk membuat pengubahan pada kod tersebut.
Faster loading -- Mempunyai sumber kod yang bersih dan berkesan mengurangkan masa yang diperlukan oleh server untuk memproses kod tersebut, mengurangkan permintaan kepada database dan melindungi maklumat pengguna dengan baik dan pantas.
Sokongan
Live support -- Sesetengah template menawarkan sokongan terus melalui telefon ataupun aplikasi chat. Kelebihan live support kerana ia membenarkan anda bertanyakan aoalan dan mendapatkan jawapan dalam masa yang singkat. Ia membantu anda untuk meneruskan kerja anda tanpa perlu menunggu untuk jawapan bagi menyelesikan masalah anda.Support forums -- Forum mendapat faedah daripada komuniti yang menyokong forum tersebut. Ia juga tidak terhadap kepada bilangan orang ataup pengetahuan mereka.
Email -- Dengan sokongan e-mail, anda boleh bertanyakan soalan dan mendapat balasan daripada pembangun. Sesetengah pembangun memberikan jaminan balasan 24 jam atau sehingga masalah anda selesai..
Kesesuaian
Browsers -- Jika anda membeli tempalte Joomla! yang berkualiti tinggi, ianya pasti akan sesuai dengan semua versi terkini web browser.Operating systems -- Walaupun tiada banyak masalah berbanding web browsers, operating systems juga boleh menyebabkan masalah kepada laman web anda. Statistik menunjukkan 1 daripada 10 pelawat menggunakan sistem operasi selain daripada windows terutama bagi laman web berasaskan teknologi
.
Third party extensions -- kebanyakkan template premium menyokong stail penyambungan (extension) daripada pihak ke-tiga yang popular seperti K2 dan JomSocial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan