Isnin, 21 Mac 2011

Memeriksa Versi Apache Server dan PHP

Sebelum pemasangan joomla! dapat dilakukan, versi Apache dan PHP yang dipasang hendaklah diperiksa terlebih dahulu untuk mengelakkan masalah semasa melakukan pemasangan joomla!. Klik sini untuk membaca artikel mengenai keperluan minima bagi pemasangan Joomla!.

1. Klik pada ikon Winodws atau ikon Start bagi pengguna Vista. Cari pada folder WampServer dan klik pada ikon 'start WampServer'.

WampServer akan dijalankan dan ikon akan muncul pada taskbar komputer.
2. Klik pada ikon WampServer (gambar meter) akan memaparkan tetingkap WampServer.
  • Untuk memeriksa versi Apache yang digunakan , klik Apache>>Version. Untuk kes ini saya menggunakan Apache versi 2.2.11.
  • Klik PHP>>Version untuk memeriksa versi PHP anda. Untuk kes ini saya menggunakan PHP versi 5.2.9-2 
Sekiranya versi Apache dan PHP tidak memenuhi syarat minima, anda boleh muat turun fail versi terbabit daripada laman web Apache (http://httpd.apache.org) & PHP ( (http//php.net).

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan